Allahu akbar
Allahu akbar
Allahu akbar...
Ini takbir raya, aiduladha..hari raya korban...
Bermula hijrah seorang isteri menjadi ibu,
Bermula perjalanan dialam kedua seorang mujahidah...
10 zulhijjah 1432H, 6 november 2011,
11.56 pagi, di hospital Lati, Pasir Mas, Kelantan...
Alhamdulillah, wallahukbar,
Walillah hil hamd!
Subhanallah!
Dua hari melebihi tarikh jangkaan,
Walaupun nurse tanya dah cukup bulan ke belum,
Rupanya si kecik mahu munculkan diri pada hari kebesaran,
Pada hari takbir dilaungkan,
Pada hari Allah di agungkan,
Pada hari sejarah ismail dan ibrahim di singkapi!
Smg lahirmu menyebarkan lagi bahagia..
Sungguh dikau adalah berita gembira yang diutuskan.
Maha suci Allah.
Hari ini,
Ummi seorang ibu,
Dan ummi masih seorang anak.
I'm a mother, yet a daughter.
Sungguh melimpah ruah kasih ibu ummi rasa sungguh mendalam hari ini.
Di saat si kecil selamat tiba,
Menitis air mata tok ma...
Terasa melimpahi kasih sayang ibu kpd anaknya...
Betapa Allah itu maha penyayang dan pemurah...
Maka dia limpahkan kasih sayangnya kpd seluruh ummatnya!

No comments:
Post a Comment